Friday, February 10

Bekas Renjer Mohon Insentif RM3,000.00 dari Kerajaan Persekutuan


KENYATAAN MEDIA

Kapit : 09.2.2012. Dua orang veteran Renjer pengawal sempadan berbangsa Iban, Encik Ladong Anak Ranggau dan Encik Milang Anak Awan, 71 tahun, dari Antawau Baleh yang berkhidmat dengan Renjer Kerajaan era konfrantasi dengan pihak Indonesia. Mereka menyokong pihak Protem Renjer Veteran seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan Sarawak untuk memohon bantuan insentif  RM3,000.00 turut diberikan kepada mereka. Mereka mengalu-alukan langkah kerajaan memberikan saguhati untuk pesara polis yang telah diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.

Menurut mereka, pengorbanan yang diberikan kepada Negara adalah mereka telah mempertahankan Negara Malaysia dari pencerobohan pihak luar. Mereka telah mempertaruhkan nyawa mereka semasa era konfrantasi tersebut yang dikenali juga sebagai “Ganyang Malaysia” oleh pihak Indonesia. Menurut Ladong, ada antara renjer yang telah terkorban semasa perang dengan pihak musuh.

Menurut Milang lagi, beliau telah memasuki renjer dalam bulan Ogos, 1963 sehingga Ogos 1970. Antara tempat – tempat yang beliau perkhidmat adalah di Long Jawe’, Belaga, Sarawak dan Long Jelangai juga di Belaga, Sarawak.

Seorang lagi veteran renjer, Encik Ladong Anak Ranggau,  67 tahun, yang menyertai renjer pada 10 Oktober 1963 sehingga 10 Oktober 1973, yang kini merupakan Timbalan Tuai Rumah di sebuah rumah panjang di Baleh turut menceritakan betapa beliau bersama renjer yang lain telah mempertaruhkan nyawa bukan hanya dari serangan musuh Negara tetapi juga serangan pihak komunis yang masih berleluasa di Sarawak ketika itu. Antara lain tempat-tempat yang dikawal oleh Encik Ladong adalah Lubok Antu, Kapit dan Katibas.

Kedua – dua Encik Milang dan Encik Ladong pihak kerajaan dapat mempertimbangkan pemberian insentif RM3,000.00 tersebut kepada mereka dan juga merayu agar pihak renjer-renjer era konfrantasi yang lain di seluruh Negeri Sarawak termasuk mereka yang telah terkorban  turut dipertimbangkan.

Untuk  sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini boleh hubungi Encik Abun Sui Anyit di HP 0168881502. Lot 1046, 1st Floor, Shang Garden Commercial Centre, Jalan Bulan Sabit, 98000 Miri, Sarawak.



Abun Sui Anyit
Setiausaha Cabang PKR Hulu Rajang
Pengarah Biro Integrasi PKR, Sarawak

2 comments:

Apai irau said...

This Abun fellow will make thing difficult for this two warriors.Abun should get the application forms for them,help them to fill and send it to KL.If Abun intends to get a little political mileage in his area,he is not doing the right thing,he is a PKR member and his face will make the government thinks more than twice whether to pay this two warriors or to heed to an opposition demand.To Mr.Abun,you do not have to show your handsome face with the two warriors.The two warriors had not only frightened the communists or indonesian insurgents but with your face shown,they also frightened the Defence minister.

Sri Belalang said...

Mr. Abun Sui Anyit,

I heard Iban news from Sarawak FM on 10.2.2012 saying that ex-rangers (military) were not entitled for RM3,000 gifts. However, you may wish to counter check with Ministry of Defence and Home Ministry.